Baru sebentar tadi aku terbaca mengenai seorang penerima anugerah ibu mithali yang ciri-ciri anak-anaknya tidak sama dengan ibu-ibu mithali yang lain. Mereka mempunyai anak-anak yang berjaya-berjaya belaka tetapi tidak padanya yang mempunyai lima orang 'anak istimewa'...
Betapa tersentuhnya hatiku membaca dari sudut pandangan anak angkatnya yang normal menceritakan kronologi peristiwa semenjak dia kecil mengenai abang-abang dan kakak-kakaknya sehingga kini. Sekarang aku terfikir tabahkah aku sekiranya diuji dengan ujian sebesar itu? Subhanallah yang menguji manusia sesuai dengan kemampuan mereka... Tabahnya juga seorang guru yang mendidik anak-anak murid istimewanya dengan kasih sayang dan kejujuran... Kepada kawan-kawan yang mengambil pendidikan khas, selamat menabur bakti kepada 'anak-anak istimewa' ini.. Mungkin jalan kita berbeza..
Meminjam lirik Hijjaz:
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Beringat bahawa hidup tidak selalu indah, tidak selalu senang, tetapi ujian-ujian ini didatangkan oleh Allah untuk memperkasa diri kita dan memberi peluang untuk sentiasa muhasabah diri..
Insya-Allah.. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan lebih bersyukurlah dengan orang-orang yang ada di sekeliling kita yang selalu menyayangi kita masa susah dan senang... Hargai mereka... Hargai juga anak-anak murid walau bagaimana teruknya mereka pada pandangan umum kerana kita bukan Tuhan untuk mengadili... Semoga menjadi pendidik yang ikhlas... Insya-Allah..

No comments:
Post a Comment